31 Dec 2018

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2019

Assalamualaikum WBT dan salam Malaysia Baharu  kepada semua


Dikesempatan akhir tahun 2018 ini, saya selaku pemilik Kitsu Book Store mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan, pembeli, pelayar dan semua kerana sudi membeli hasil karya saya. Terima kasih diucapkan.

Dikesempatan ini juga, saya menucapkan selamat menyambut tahun baharu 2019 kepada tuan/puan sekalian. Pada tahun 2019 ini, saya akan menerbitkan sebuah buku mengenai PERPUSTAKAAN DI ALAF 21: Apa yang perlu kita Fahami. 

Buku Perpustakaan Di alaf 21: Apa yang perlu kita fahami, adalah sebuah buku yang memberi penjelasan kepada semua PTP/GPM/Pustakawan/Penyelia dan semua yang terlibat dalam bidang perpustakaan dan pusat sumber dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perpustakaan dia alaf 21. 

Sedikit Sinopsis buku
  • Konsep
  • Teori
  • elemen
  • panduan dan banyak lagi

Diharapkan dengan penerbitan buku baharu tersebut dapat menjelaskan kepada tuan/puan agar mendapat lebih pemahaman mengenai.

selamat menyambut 2019 dengan penuh gembira serta syukur kepada ALLAH SWT.

Mohd Khoddri Ramli
31.12.2018

24 Jul 2018

Telah berada di rak perkhidmatan pnm

Alhamdulillah. Buku saya kini telah berada di rak pwrkhidmatan perpustakaan negara malaysia, aras 7.  Jom pinjam.


16 Apr 2018

Maskod untuk hari sukan sekolah

Kitsu Book Store juga menyediakan khidmat sewa maskod sempena  program Hari Sukan  Sekolah.


28 Mar 2018

Pelanggan Pertama tempah tetapi pelanggan terakhir terima buku

Pegawai daripada Pkg Segambut Jaya (gambar) adalah pelanggan dan penempah pertama buku mengenai buku literasi maklumat dan teknik pencarisn sumber rujukan. Akan tetapi menjadi pelanggan terakhir menerima buku yang  ditempahnya. Ia disebabkan beberapa pekara yang tidak dapat dielakan.


18 Mar 2018

Buku pilihan Berita Harian.

Buku Perpustakaan Di Alaf 21: Dimanakah Peranan Kita; Literasi Maklumat Dan Teknik Pencarian Sumber Rujukan telah mendapat pengiktirafan 4 cawan kopi (raking patut baca) oleh wartawan ruangan sastera Berita Harian. Terima kasih kepada Berita Harian dan wartawan Berita Harian
4 cawan kopi ( ranking patut baca)

28 Feb 2018

Penyerahan buku kepada penyumbang artikel

28/2/2018
Penyerahan senaskah buku Perpustaan Di Alaf 21: Dimanakah Peranan Kita; Literasi Maklumat & Teknik Pencarian Sumber Rujukan kepada cikgu Maziah Rashid, IPG Kampus Kota Bahru, Kelantan .
Cikgu Maziah dan penulis

3 Feb 2018

Buku Literasi Maklumat Bacth 2 dibuka. Stok Sedia Ada. jom beli

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

adalah dimaklukan bahawa, tempahan bacth kedua buku literasi maklumat dan teknik pencarian sumber rujukan  dibuka sekarang.  Bagi yang berminat untuk mendapatkanya boleh menghubungi saya, mohd khoddri ramli di talian 012-3730561 ( Tel &Whatsapp ).

Harga Buku adalah RM 30.00 termasuk pos laju ke seluruh negara.  Bagi pelanggan  luar negara kos penghantaran adalah mengikut rate yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.



Antara yang telah membeli buku  Perpustakaan Di Alaf 21: Dimanakah Peranan kita; Literasi Maklumat dan Teknik Pencarian Sumber Rujukan ini adalah terdiri daripada guru- guru perpustakaan dan media sekolah, Perbadanan Perpustakaan  Awam Negeri, Pensyarah IPTA, IPTS , Pustakawan  BTNP Negeri dan banyak lagi

Sekian dimaklumkan . Terima Kasih

29 Jan 2018

Penyerahan 5 naskah buku dibawah Akta PNM

 Sekitar penyerahan 5 naskah buku Literasi Maklumat dibawah Akta Penyerahan Terbitan Negara Akta A331 di Pusat Penyerahan Terbitan Negara, PNM.


22 Jan 2018

Penghantaran Buku Literasi Maklumat

Assalamulaikum wbt. Kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan dan bayaran buku Literasi Maklumat dan Teknik Pencarian Sumber Rujukan akan dilakukan pada hari sabtu (27.1.2018). Ini termasuk pelanggan dari negara brunei, singapura dan indonesia. Harga buku ini termasuk pos laju adalah rm 30.00. Kepada yang berminat, boleh lah mendapakan buku ini juga.
Isbn number : 978 9671242346

Rm 30.00